Friday, February 26, 2010

tak kacak rokok

kempen~ katakan tidak kacak kepada penghisap rokok. ~ ok tak?


sebab:
saja buat kelainan

nak sambung Master

menyusahkan ayah aku yang dah pegi keje, patah balik semata2 untuk minta tandatangan untuk borang Master. pastu patah balik lagi sekali sebab aku tertinggal kunci motor dalam kereta ayah aku. argh!! maaf ye buya...~ janganlah buat last minit


sebab:
nak sambung master

mengejar tapi terlepas

kadang banyak yang kita nak kejar, tapi bila kita dapat yang satu, kita terlepaskan yang kita kejar dulu. maaf kalau saya mengabaikan kamu, tapi tak berniat, give me a chance once again? ~ for a member that im sharing critical idea before, n hopefully Im not late to let him go..


sebab:
ada sorang kawan dia begitu nak cahaya islam. tapi orang ramai menentang dia. aku cuba fahami dia. tapi aku menangguhkan. hmm..

jangan hebah aib orang

jangan hebahkan aib orang. meskipun orang itu yang mendedahkan aibnya sendiri, cukup di situ, jangan menyambungkannya kepada orang yang tidak tahu. aib itu perlu ditutupi bukan disebari. ditutupi dengan kain taubat dan nasihat. selagi kita mampu, kita bantu dia. dan ingat, kita bukan menghukum, kita bukan penghukum. ~ aku serba kurang apabila aib orang ini tersebar.


sebab:
ada orang menyebar aib orang lain. aku takut ia jadi sebab untuk dia menentang islam.

pisau di hujung lehermu

"andai pisau yang tajam di hujung leher anda, apakah yang anda lakukan?"


sebab:
nak melihat kreativiti kawan2..

pendidikan seks diajar?

ada junior aku cakap, cara nak elak pembuangan bayi daripada berterusan, ajar pendidikan seks. ~ aku sangat tak setuju! lagi ajar pendidikan seks, lagi la diorang teringin nak buat. ajar pendidikan agama tu yang penting... kalau agama dah mantap, takdelah berani nak cuba2 buat seks. sebab dia akan tahu bahawa Tuhan tengok tindakan kita


sebab:
aku buat eksplorace untuk junior UPSM.
aku jaga cekpoint, diorang kena bentang isu semasa.
seorang ini membicarakan ttg buang bayi, dia cakap langkah yang terbaik adalah mengejar pendidikan seks....

Wednesday, February 24, 2010

beri ku satu peluang

kadang banyak yang kita nak kejar, tapi bila kita dapat yang satu, kita terlepaskan yang kita kejar dulu. maaf kalau saya mengabaikan kamu, tapi tak berniat, give me a chance once again? ~ for a member that im sharing critical idea before, n hopefully Im not late to let him go..


sebab:
aku melihat wall kawan aku. dia tidak menganuti mana2 agama, tetapi dia percaya kewujudan tuhan. aku pernah berbincang dengan dia, dan bawa jumpa ustaz. tapi hanya sekali. aku asyik bertangguh. aku harap masih sempat untukku.

Monday, February 22, 2010

terpaksaku tidur malam

semalam kawan tanya, apa benda yang kau tak suka, tapi terpaksa buat? ~ jawapanku tidur malam. kenapa? sebab masa tak cukup dan kalau tak tidur nanti lemah esok pagi. hehe. tapi tidur malam sangat bagus. lagi awal selepas solat isya lagi baik. dan esok pagi bangun awal. insyaallah!


sebab:
masa sangat pantas berlalu tanpa kusedari. banyak kerja ditangguh hingga malam. bila tidur, esok ia bertimbun kembali. dan berulang2... terpaksa!

minum banyak air

kawan2 jangan lupa minum banyak air. aku minum air 2 botol besar hari pun masih terasa kekeringan tekak. nak beli mineral murah? di Pusanika U-mart, 3 botol besar 1.5 L untuk RM 3. tapi kalau nak jimat, beli lah RO. tapi aku suka mineral UKM! yeah.


sebab:
kebelakangan ini suhu di KL mencecah 38 darjah Celcius. panas dan hujan tetiba. tak menentu. berita kata ni El-Nino... tapi bukan kemarau. kalau tak minum banyak, kita akan lemah dan kehilangan banyak air. air penting, dan jangan membazir air.!

Saturday, February 20, 2010

malaysia sekular?

sabar3x... bersyukurlah. kita bukan negara sekular! "kalau sekular tu dah macam barat. janganlah menghukum negara sendiri. bersyukurlah, jangan sampai nanti islam tak leh langsung kat malaysia ni. nauzubillahiminzalik. yang mana mampu, kita cuba ubah sedikit sekular itu."


punca:

tak sempat tulis blog

aku teringin menulis tiap2 hari untuk tatapan diriku dan bakal generasiku di blog. tetapi masa sangat cemburu. hanya facebook tempat aku menulis. insyaAllah, akan ku sikit2 nukil di blog itu nanti. sedikit2 ama2 jadi bukit. maaf atas pengisian yang kurang


sebab:
aku simpati dengan idea aku yang melambak2 tapi tak sempat ditulis. jadi aku jadikan wadah facebook sebagai tempat luahan perasaan/idea2 aku. dan aku perlu catat kat blog ini agar aku ada idea kelak untuk aku menulis. sebab dekat facebook takde list yang lama2 kita tulis, dia akan lesap gitu je... wah.. leceh, kalau blog, dia ada list. sebab tu blog mukabuku camni bentuk aku tulis.

tak boleh tidur

assalamualaikum wbt. sejak kebelakangan ni aku susah tidur. umi aku cakap sebab risau tesis. insyaAllah, aku nak fikir positif supaya hati tenang, dan boleh bertindak teratur. terima kasih umi.


kerana:
banyak lagi yang belum aku dapat selesaikan. Ya Allah, ampunilah dosaku dan permudahkan daku.
secara purata aku baru 48%. sepatutnya sekarang dah 80%. aku kena pantas tapi syaitan sentiasa menyesatkan kita untuk rileks lah dulu. istighfar ya robe'.

sunnah nabi sebagai ikutan

melihat iklan maulid di TV3 (fimie, azlee, dan rozita che wan), menarik dan bahagia aku tengok. cuma, kalau ia tak dilawak lebih2, dan lebih penekanan adab makan Rasulullah lagi best. tapi good effort =), dan jom contohi sunnah nabi Muhammad SAW.


punca:
yup, sunnah nabi itu perlu kita ikuti dan amalkan. kerana setiap perbuatan rasulullah itu mengandungi pelbagai hikmah akhlak yang baik

barat menghina zina

pengakhiran yang memalukan ~ Woods because of Nafsu. Ya Allah lindungi kami daripada hasutan syaitan dan nafsu yang tidak baik.


Barat sangat berleluasa zina dan hubungan luar nikah. tapi kena Woods dikatakan kejatuhan moral dan memalukan? ~ jelas, perbuatan zina dikutuk disisi manusia, apatah lagi di sisi Allah. meskipun zina cuba dinampakkan murni dan baik oleh Barat. Anda Bijak Jauhi Zina!


punca:
aku melihat akhbar banyak cerita pasal Woods meminta maaf dan jangan mengganggu keluarganya lagi. pelik aku! kenapa Barat marah dengan semua ini? bukankah mereka mengagungkan budaya zina ini. lihatlah, betapa keruntuhan yang mereka buat sendiri, dan kini mereka mencerca orang mereka sendiri sebab kerobohan ini.

lelaki hebat sebab perempuan

LELAKI memang tersangat hebat !! ~ yup, apabila dilahirkan dan dididik oleh seorang PEREMPUAN yang tabah dan bertaqwa kepada Allah.


aku tulis ni sebab:
aku melihat sebuah cerekarama TV3 yang sangat menyentuh hatiku. dunia batinku. pengorbanan seorang ibu mendidik anak2nya sehingga anak itu berjaya. ini memberi aku ilham tentang kelahiran imam syafii dan tokoh2 ulama. subhanallah. andai aku tidak memiliki ibu sebegitu, aku akan cari bakal ibu untuk generasi ku seperti ibu ulama itu. tetapi layakkah aku? yup, aku kena perbaiki diri dulu untuk jadi hebat. hebat yang diredhai Allah


berlakon untuk baiki diri

berlakon bukan sekadar melakonkan watak. tetapi untuk dihayati penceritaannya, dan yang baik itu untuk pembaikian diri sendiri. ~ naluri bekas aktor yang lemah.


puncanya:
aku melihat gambar ahmad mus berlakon di UIAM. aku teringat kembali zamanku. dan aku juga baru selesai menyaksikan dunia batinku (cerekarama di TV3). sangat menarik cerita ini. dan aku sangat insaf. tetapi pelakon itu bagaimana? apakah ia turut terkesan dan insaf? aku yang pernah menjadi pelakon, merasakan rakan2 hanya suka2 dan menjiwai watak dalam babak itu sahaja. selepas itu? tidak sama sekali. ada yang faham dan mengambil iktibar, tetapi tidak semua. ah, dunia lakonan, sangat mengajar aku. cukup!

Monday, February 15, 2010

kita bukan penghukum

pasal debat tilawah alquran - "wallahuallam tentang halal haramnya. aku belum layak jadi mujtahid untuk menentukan hukum. sesungguhnya aku masih kurang ilmu. kalau antum dah fahami semua hadis dan ayat alquran, ana terima hujah antum....


.....tapi setakat ni ana berpegang kepada jalan tengah, selagi ulama malaysia tak kata haram, maka ia tidak haram. baiklah kita berdebat hal yang memang jelas haram, yang orang tak nampak haram. berdebat hal ni boleh buat umat islam makin keliru."

kena tanya ustaz2 pasal tilawah alquran ni, takleh main bagi hukum. takut aku.

sebab aku shout ni:
aku ditag tilawah alQuran di UPM. aku tak sangka masih ada orang yang mempersoal tilawah alQuran haram. aku tak kisah kalau diorang kata tilawah AlQuran perlu dinilai dan tidak dipertandingkan. tapi sampai kata ia haram, memang melampau lah tuh. apakah kerana nabi muhammad SAW tak pernah buat, kita tak boleh buat? abis kalau camtuh, facebook pun mana leh pakai, sebab nabi tak pernah buat. memang ada hadis tentang bid'ah. tapi ramai lagi ulama dan ustaz yang fakih tentang bab2 ni. adakah kamu ulama dan ustaz yang fakih untuk nilai itu adalah haram? renungkan, dan jangan terus menghukum! itu bukan tugas kita untuk menghukum. muhasabahlah. maaf, aku masih kurang ilmu. teguri aku jika aku salah.

Wednesday, February 10, 2010

selamatkan hutan UKM

cadangan untuk UKM. saya Mohd Arrabe' pelajar biologi tumbuhan mencadangkan agar sebarang pembinaan di UKM dilakukan di kawasan golf (sekitar KKM) dan di kawasan seberang jalan hadapan UKM (jalan ke bangi lama). maaf kalau itu bukan tanah UKM, sebab saya rasa, hutan simpan bangi perlu diselamatkan. itu satu2nya hutan dan tanda UKM. universiti dalam hutan. plzz. harap didengari.


aku takut nak buat surat cadangan pada TNC/NC. harap didengari. bukan apa, banyak hutan ditebang, sayang lah. kang UKM makin panas. dan beruk2 menyerang kolej2 lagi. lagipun golf dah ada kat equatorial bangi. cukuplah kot. lagipun kawasan KKM tuh cam takde kemeriahan. kalau letak fakulti, mesti ramai pelajr datang situ tiap ari..

dan sebarang jalan depan UKM pun cam lengang je. rasanya cam tanah UKM. terutama ada rumah lama yang terbiar. alangkah baik buat fakulti atau lain2 kat situ. luv hutan =)

aku shout ni sebab:
aku dengar cerita kawasan yang ditebang2 sebelah Kolej Pendeta Zaba nak buat fakulti atau bangunan perpustakaan. sebelah FPEND pun ada nak buat permata pintar. gelisah aku dengan penebangan pokok yang begitu banyak. kebimbangan pensyarah aku pun merisaukan aku. yelah, inilah harta UKM iaitu hutan simpan bangi. kalau semua ditebang, hilanglah nilai universiti dalam hutan. maka, banyaklah habitat binatang yang terjejas. dan mereka pun menyerang manusia.
sangat banyak kesan buruk. maaf, ini hanya cadangan daripada saya yang kecil.

mengidam dadih

siapa tahu cara2 nak buat dadih... teringin nak buat, nak buktikan aku leh buat =)


sebab aku shout:
aku di kafe kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh (KTAMS) UKM. makan tengahari seorang diri di sana. ya, Allah pedas gila mulut aku. tak tertahan, dengan kepanasan waktu tengahari. membuatkan aku berpeluh2. lidah aku tak mampu untuk menyuap sesuap nasi lagi. mata aku melilau2. mencari benda penyejuk. aku teringat air suam je sekarang. tapi..... aku ternampak jeli kelapa. terus aku beli. dan subhanallah, leganya.

aku duduk termenung, hmm.. mahal RM1 jeli ni. aku teringat umi aku pernah buat dadih dulu. tapi dah setahun aku duduk mengidam. umi aku sibuk sangat. teringat jeli kelapa dan dadih, hmm.. kalaulah aku boleh buat sendiri.

aku cadang nak buat sendiri, dan nak buat kejutan kat umi. yang aku pun leh masak sendiri. hehe. insyaallah, aku akan laksanakan!

Saturday, February 6, 2010

guna semua deria

dr narimah cakap, kalau kita nak cepat faham dalam belajar kena guna ke semua deria kita. antaranya menulis nota kembali. macam Danny Koh Xuan Rong, my tokoh. mesti dia tengah study dan menyalin nota. hehe.. siap ko danny!


sebab shout aku ini:
isnin ni 8hb januari aku ada exam pemuliharaan dan pengurusan sumber genetik (PPSG), dan diajar oleh Dr. Narimah. bagi aku beliau merupakan guru yang banyak bagi aku inspirasi dan banyak mengajar aku tentang sikap.

Danny pula adalah merupakan kawan sekuliah aku sejak aku tahun 1. dulu aku sama kolej asrama, kajai dengan dia. tapi sejak aku ulang alik rumah dan tidak duduk kajai. aku dah jarang study dengan danny. jumpa pun dalam kelas ini je. tapi kami memang satu grup sejak tahun 1. meskipun dia pandai, tapi dia tak menyombong diri. sangat seronok berkawan dengan danny.

ada satu hari, dr. narimah marah. kami asyik tengok slide dia tanpa menulis pape pun. mulalah ceramah dr narimah. tentang penggunaan deria. kalau sekolah rendah, cikgu guna kapur. kita tengok, dengar dan salin. tapi di universiti, cikgu pakai slide je. kita tengok dan dengar. dan nota leh dapat online. jadi, satu deria tidak berfungsi. sebab tu ramai pelajar hanya belajar, tapi tak faham. aku terkesan dan sedar.

harapan aku:
aku merasakan subjek ini sukar dapat A, tapi aku kena positifkan diri. dan belajar dari pengalaman orang lain. Danny yang pointer tak pernah jatuh 3.7, perlu aku contohi. siap ko danny!!


Friday, February 5, 2010

manja dibelai lelaki

"perempuan itu manja bila dibelai lelaki. alahai, awaslah, syaitan lagi gedik mengilai melihat aksi korang berdua. tahanlah nafsumu sekuat2nya"

punca aku tulis ayat ini:
aku melihat kawan2ku berdua-duaan atau sentiasa bersama dengan kekasihnya. aku nak tegur tapi aku tiada kekuatan dalam menegurnya. aku bimbang jika aku membiarkan, aku takut apa apa terjadi kepada mereka. sebab syaitan untuk licik. banyak kes sudah terjadi sekarang. kadang kita rasa macam kita sangka, kawan kita ini mampu kawal nafsu. tapi itu bukan penentu dia terselamat daripada zina. sebab syaitan itu banyak cara.

harapanku:
jika engkau melihat apa yang kutuliskan ini, fahamilah. aku bukan memakimu, tetapi aku menasihatkan secara umum, awaslah sahabat. syaitan itBoldu bukan satu dan kecil. mereka berjuta dan sentiasa memusuhi kita. mereka juga sudah lama hidup. jauhilah jalan ke arah zina. meskipun kita yakin dengan iman kita, tapi adakah ia menjamin kita terselamat daripada hasutan syaitan?

suka membaca