Thursday, July 5, 2012

Al-kisah Hanzalah ep. 5

ep. 5: termenung


perhimpunan bermula seperti biasa seawal 7.30 pagi.
Hanzalah akan kelihatan ke sana dan ke mari mencari pembaca doa dan pengerusi majlis untuk perhimpunan setiap pagi.
biasalah, ada yang sudah faham akan tugas masing-masing. tetapi pasti akan ada yang sengaja buat-buat lupa jadual tugasan.
meskipun Hanzalah bukanlah ketua bagi pengawas sekolah, tetapi bagi ketua bagi pengawas tingkatan 4, beliaulah yang akan dipertanggungjawabkan.
pengawas Tingkatan 4 akan dilatih untuk menjadi pimpinan baru pada tahun hadapan.
namun bukan itu niat Hanzalah, setiap perbuatan Hanzalah adalah untuk menunaikan secebis amanah hasil lantikannya sebagai pengawas.
Cikgu Latifah berucap sebagai guru bertugas pada minggu ini dan beliau menyatakan hari Jumaat ini akan diadakan sambutan Hari Guru di Dewan Sekolah.
semua pelajar dikehendaki untuk hadir termasuk pelajar sesi petang.
Hanzalah menjadi berdebar-debar menanti hari Jumaat ini. bayangkan setiap tingkatan akan hadir dan menyaksikan sambutan Hari Guru ini.

Jauh pandangan Hanzalah dalam kelas 4 Sejahtera, sementara Ustaz Maher bertungkus-lumus mengajar bab Haji.
Hanim dan Puteri sibuk bermain telefon bimbit mahal mereka.
entah dengan siapa mereka sibuk ber-SMS.
Zaki, Fuad dan Tariq pula dengan selamba berborak tak peduli dengan pengajaran dalam kelas.
sedikit sebanyak mengganggu pelajar lain yang hendak belajar.
Syarif dan Hadi sentiasa duduk di hadapan kelas, pelajar yang sentiasa fokus dalam kelas.
tetapi entah kenapa ramai yang suka mengacau mereka, mungkin mereka ini nampak 'nerd'.
Syarif dan Hadi langsung tak layan dengan mereka. mungkin bagi mereka membazir masa layan orang macam tu.
Hanzalah yang duduk di barisan belakang sekali hanya menerima sipi-sipi saja ilmu yang disampaikan.
sebab itulah Hanzalah kerap kali termenung dan mendengar sayup-sayup suara Ustaz.

menungan Hanzalah bukan menungan sia-sia.
Hanzalah sedang memikirkan persediaan menjelang hari Jumaat ini.
resah gelisah beliau dengan persediaan yang serba tak lengkap.
dia sudah terbayang kesan jika sambutan hari Guru tidak seperti yang diharapkan.
matanya tidak berkelip memandang awan dan langit yang membiru.
dagu masih ditongkatkan dengan tapak tangan kanan.
pengajaran Ustaz Maher yang bermisai tebal sayup-sayup kedengaran.
awan sedikit-sedikit berlalu pergi ditiup angin.
matahari terus memancar cahaya paginya.
perhatian dan menung Hanzalah semakin menjadi-jadi.
ditambah lagi, meja Hanzalah memang paling hujung dalam kelas 4 sejahtera. berdekatan dengan tandas dan pintu belakang.
Hanzalah terkejut dan terus bangkit. Danial, ketua kelas dengan lantang mengucapkan "terima kasih, ustaz"
Ustaz Maher melangkah pergi meninggalkan kelas.

bersambung..

suka membaca