Salam Ukhuwah Mahabbah Fillah daripada penulis:
Al-Kisah Hanzalah ep.1: gegak
- kisah ini adalah untuk tujuan: muhasabah diri dan tidak bermaksud untuk menghina atau mengutuk mana-mana pihak.Janganlah terasa ye.
- kisah ini akan dikemaskini (update) mengikut idea penulis. insyaAllah.bersabarlah dan ingatkan penulis.
- digalakkan untuk sahabat2 memberi idea-idea tambahan untuk menambah mutu kisah ini. komenlah ye.
- maaf juga, jika kisah ini membosankan dan penuh bunga-bunga dalam penulisan ini.
- semoga anda memperoleh manfaat. doakan kita sentiasa dirahmati Allah dan senantiasa dalam bimbingan Allah.
- ini adalah idea asal Mohd Arrabe' Ahmad Baei. mohon sahabat2 yang dirahmati Allah tidak menjadikan penulisan ini sebagai modal keuntungan sendiri (buat novel dengan meniru, tetapi tidak salah untuk mengambil idea ini dan mengubahsuai).jadikanlah ia untuk keuntungan bersama(nyatakan nama saya atau link blog ataupun maklumkan kepada saya melalui e-mel aliflamrabayaain@gmail.com

Al-Kisah Hanzalah ep.1: gegak
Mikrofon digenggam erat. Bergegar suaranya dalam dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baharu Wangi (SMKBBW). Di kala senja ini, burung gagak yang menghuni pokok di sepanjang laluan pejalan kaki sebelah kanan dewan, telah berterbangan lari. Agaknya, mencari ketenangan di sebalik kebingitan suara cikgu itu. Hanzalah hanya mampu menutupkan telinganya dengan kedua belah tangannya. Mengharapkan telinganya tidak pekak akibat kedahsyatan lagu kumpulan penyanyi Search itu. Namun, telinganya masih berdesing sakit, lantas, kaki yang dua menyalur langkah keluar daripada dewan besar sekolah. Jam terus menunjukkan hampir jam 7.00 petang. Maghrib yang bakal menjelang lagi 30 minit, masih tidak dihiraukan cikgu itu. Beliau terus-menerus disokong oleh dua orang anak muridnya yang turut rancak berpura-pura menyanyi bersama cikgunya di situ.
Hanzalah yang masih menutup telinga di luar dewan besar mundar-mandir. Parkir kereta guru-guru sesi petang semakin kurang semenjak 6.45 petang tadi. Pelajar tingkatan 1 dan 2, semuanya sudah berjalan kaki ke hadapan sekolah rendah untuk menunggu ibu bapa dan bas datang menjemput. Seorang pengawal keselamatan masih sedia menunggu di pondoknya yang kayu. Entah apa yang dimenungkan pengawal itu? Hanzalah bimbang akan kadar desibel yang tinggi daripada bunyi itu mampu untuk merosakkan pembesar suara (speaker) dewan. Lusa, menjelang sambutan hari guru, pastilah Hanzalah sebagai ketua sambutan mengharapkan yang terbaik daripada dewan ini. Semoga speaker besar dewan tidak terputus wayar dan rosak gegendangnya sebelum hari sambutan.
bersambung....
ep.2: gesa-gesa
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa memberi keredupan kepada
Hanzalah. Pipi Hanzalah terasa lembut seperti dibelai-belai manja. Hanzalah
merenung langit dengan dongakan 50 darjah, mata menyaksikan langit yang biru
bertukar kepada warna oren. Inilah dikatakan senja. Teringat seketika akan usia
cikgunya yang hampir senja. Masih kuat dan lantang menyanyikan lagu Search.
Hanzalah tidak mampu untuk menghalang gelagat cikgu yang semakin lupa diri
dengan nyanyiannya. Cikgu Farid datang dengan keadaan tergesa-gesa. Kakinya
melangkah dengan laju menuju ke arah Hanzalah. Hanzalah hendak memberikan lafaz
salam.
“Assalamualaikum Hanzalah. Dah habis guna dewan?” Cikgu Farid
memintas.
“Waalaikumussalam cikgu. Oh, sudah. Tetapi Cikgu Suzana masih
menyanyi di dalam.”
“cikgu nak cepat ni, terlupa hari dah senja. Anak cikgu yang kecil
tunggu di sekolah rendah.”
“oh.. takpe cikgu. Nanti saya tutupkan semua PA sistem dan kunci
semua pintu dewan.” Hanzalah cuba membantu.
“Alhamdulillah,
kalau begitu cikgu balik dulu ye. Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
sambil Hanzalah bersalam mencium tangan Cikgu Farid.
Laju kaki Cikgu Farid melangkah menuju ke kereta
Proton Saga yang berwarna merah itu. Cikgu Farid adalah cikgu yang sangat
amanah dalam tugasnya. Beliau juga ditugaskan menjaga dewan dan PA sistem.
Setakat ini, penjagaannya sangat baik dan tidak pernah rosak alat PA sistem
dewan. Apatah lagi, dewan SMKBBW adalah dewan yang terlengkap di antara dewan
sekolah di Daerah Wangi ini.
bersambung....
bersambung....
ep.3: berdentum
Kereta Proton Saga merah kelihatan melepasi pagar sekolah. Pengawal keselamatan sempat mengangkat tangan kanannya menunjukkan tanda hormat dan selamat pulang kepada Cikgu Farid. Hanzalah berpusing masuk ke dalam dewan sekolah. Pintu masuk dewan ke pentas utama memerlukan 140 langkah. Cikgu Suzana dan dua anak muridnya sedang mencari lagu seterusnya untuk karaoke. Hanzalah sempat melangkah ke arah cikgu sebelum lagu seterusnya berkumandang sekali lagi.
“Cikgu Suzana, saya nak tutup dewan dah ni.”
“Ala, kamu ni Hanzalah. Cikgu Farid pun tak sampai lagi kat dewan ni. Biar cikgu nyanyi lagi satu lagu. Boleh ye?”
“maaf cikgu, hari pun dah nak masuk Maghrib.” Sekali lagi Hanzalah memohon.
“Eh, dah jam 7.10 la cikgu! Aduh, bas saya dah pergi. Camne saya nak balik cikgu.” Keluh Waqi.
“Hmm.. cikgu pun tak perasan. Baiklah, Hanzalah. Terima kasih ye bagi cikgu karaoke. Kamu Waqi dan Qayyum ikut cikgu balik ye.”
“baik cikgu. Nanti saya kunci semua pintu.”
“takpe. Kami tolong kuncikan.” Qayyum cuba membantu.
Cikgu Suzana mencapai beg tangannya yang diletakkan atas pentas. Waqi meluru ke deretan pintu sebelah kanan dewan. Manakala, Qayyum mengunci di sebelah kiri dewan. Ada 12 pintu di setiap deretan kiri dan kanan. Pintu yang diperbuat daripada kayu dan ada kaca diatasnya membolehkan orang dalam dewan melihat keadaan di luar dewan yang menghijau dengan pokok-pokok di sekeliling dewan. Dentuman demi dentuman pintu kedengaran. Ligat Waqi dan Qayyum menutup pintu.
bersambung..

episod 4: dingin senja
Hanzalah menggulung wayar,
menyimpan mikrofon dan menutup suis PA sistem dewan di dalam bilik berkunci
khas. Hanzalah keluar daripada bilik PA sistem di belakang pentas, mengunci
tombol pintu kayu dari dalam.
"alamak, aku tiada kunci
pintu besi?"
Hanzalah terpandang mangga
terjuntai di pintu besi itu.
"huh, mujur Cikgu Farid tidak
mengetap mangga pagar besi bilik ni"
sunyi sepi di ruang utama dewan,
bunyi dentuman pintu sudah tiada.
'mungkin mereka sudah balik' bisik
hati Hanzalah.
Hanzalah segera mengetap mangga
bilik PA sistem dan turun dari pentas.
beliau segera mencapai beg di
sebelah TV karaoke dan terus berlari ke pintu tengah dewan.
hanya 80 langkah sahaja Hanzalah
perlukan, jarum jam sudah menunjukkan waktu berkumandang azan Maghrib.
"hmmm... dah masuk Maghrib,
balik lewat lagi aku kali ini"
"baik aku lepak surau An-Nas
dulu"
Hanzalah terus mengunci pintu
dewan dan menuju ke pondok pengawal berhampiran pagar utama sekolah.
Tiada pengawal duduk di situ juga
tiada di persekitaran pintu masuk, mungkin pengawal sedang meronda sekolah.
Langit yang kejinggaan hampir
menggelap menjadi hitam.
Basikal Hanzalah terkunci rapi di
sebelah pondok pengawal, rutin harian Hanzalah berkayuh pergi dan pulang ke
sekolah.
pergi pagi seawal pagi, balik
sehening malam.
kayuhan Hanzalah menembus dingin
senja yang hampir malam ke surau An-Nas di atas bukit.
dingin senja masih tidak mampu
untuk menghilangkan keringat yang keluar hasil kayuhannya.
Azan surau mulai kedengaran dengan
zikir dan "Allahu akbar, Allahu akbar.........."
bersambung ke ep.5: ragam PA
sistem
No comments:
Post a Comment