Salam Ukhuwah Mahabbah Fillah daripada penulis:
- kisah ini adalah untuk tujuan: muhasabah diri dan tidak bermaksud untuk menghina atau mengutuk mana-mana pihak. Janganlah terasa ye.
- kisah ini akan dikemaskini (update) mengikut idea penulis. insyaAllah setiap seminggu akan dikemaskini. bersabarlah dan ingatkan penulis.
- digalakkan untuk sahabat2 memberi idea-idea tambahan untuk menambah mutu kisah ini. komenlah ye.
- maaf juga, jika kisah ini membosankan dan penuh bunga-bunga dalam penulisan ini.
- semoga anda memperoleh manfaat. doakan kita sentiasa dirahmati Allah dan senantiasa dalam bimbingan Allah.
- ini adalah idea asal Mohd Arrabe' Ahmad Baei. mohon sahabat2 yang dirahmati Allah tidak menjadikan penulisan ini sebagai modal keuntungan sendiri (buat novel dengan meniru, tetapi tidak salah untuk mengambil idea ini dan mengubahsuai). jadikanlah ia untuk keuntungan bersama (nyatakan nama saya atau link blog ataupun maklumkan kepada saya melalui e-mel aliflamrabayaain@gmail.com

Fatih menanti dengan tenang sambil bibirnya tertutup rapat. Bola matanya berulangkali memfokus ke kanan dan kembali ke kiri dengan kepala tetap menghala 45 darjah tunduk. Otaknya terus berimaginasi sambil hati terus beremosi. Perubahan seorang anak perempuan yang beriman kepada Allah dalam keadaan ditinggalkan oleh bapa yang panas baran setelah diceraikan akan isterinya yang punyai tekanan mental.
Perubahan untuk menjadi ketua keluarga dalam sekelip mata untuk menyara 2 orang adiknya yang masih bersekolah rendah. Tingkatan lima baginya amat memeritkan dan meresahkan. Keputusan SPM seperti diduga hampir mematahkan semangat anak gadis ini. Sebagai ketua keluarga secara tiba-tiba menjadikan dia semakin kesempitan. Pekerjaan di Pasaraya Mydin tidak cukup untuk memenuhi keperluan hidup mereka bertiga. Pertemuan dengan kawan setingkatan dalam tempoh tidak sampai lima bulan sesudah persekolahan, punya mampu mempunyai kereta dan wang berganda membuat beliau tertanya-tanya. Hotel lima bintang menjadi tempat pertemuan dengan santapan bertaraf antarabangsa membuat hati gadis ini meronta inkuiri. Perkongsian demi perkongsian menjadi kaya dalam sekelip mata, membuat gadis ini terus menerus berfikir dan berfikir.
Di titik persimpangan antara dua jalan yang patut dipilihnya. Antara memenuhi keimanan kepada Allah atau memenuhi keperluan masa depan adik-adiknya. Fatih mengurut-urut dadanya terus tertanya-tanya, sambil hati terus berharap akan pilihan keimanan kepada Allah oleh gadis ini. Namun jelas tidak, seminggu berlalu dengan penuh kerunsingan, gadis ini bertekad untuk mengikut jalan seperti kawannya itu. niatnya murni tetapi jalannya telah salah. Masa terus berlalu, adik-adiknya memperoleh keperluan secukupnya untuk persekolahan, tempat tinggal dan makan minum. Fatih terus tidak sabar menanti kesudahan akan kehidupan gadis malang ini.
Apakah masih ada sinar keimanan dalam hati gadis ini setelah dilacurkan sedemikian rupa? Mampukah dia bangkit kembali ke jalan yang benar dan bertaubat kepada Allah? Apakah gadis ini punya teman untuk memberi kekuatan buat gadis ini berubah kembali?
bersambung...
babak 2: panggilan
Telefon bimbit Fatih berbunyi. Tangan kanan Fatih yang memegang novel ‘Tersungkur di Pintu Disko’ diletakkan
di tepi bangku. Matanya kini teralih kepada telefon bimbit. Kiriman
pesanan ringkas (SMS) daripada Iskandar. Hatinya serba gelisah tadi
bertukar menjadi gembira. Jelas senyuman manis pada wajah Fatih.
“lagi 10 minit abang tiba di KL Sentral, tunggu di kaunter informasi ye”
Abang
Iskandar yang baru 10 hari tiba di Malaysia, sangat dirindui oleh
Fatih. Hampir 2 tahun hilang khabar berita, Fatih kehilangan perhubungan
dengannya. Di saat kerinduan semakin malap, telefon bimbit berdering
daripada nombor yang tidak dikenali.
“Assalamualaikum Fatih, apa khabar?”
“Waalaikumussalam warahmatullah, Alhamdulillah sihat. Hmm.. siapa ya?”
“takkan tak kenal suara abang?”
Fatih terpinga-pinga. Senyap seketika, sambil otak cuba menafsir gerangan pemanggil.
“ni abg Iskandarlah!”
“ya Allah, abg! Dekat mana ni? Rindunya………….”
“abg baru balik ke Malaysia. Fatih di mana?”
“Fatih
di Hentian R&R Sungai Perak dalam perjalanan pulang ke kampong
halaman. Kenapa lama menyepi? Rindu sangat kat abang!”
“maaf sangat-sangat Fatih, abang sibuk sangat di Turki. Kalau Fatih di KL beritahu abang, boleh kita bertemu?”
“Baik… rindu sangat kat abg. insyaAllah kita akan bersua.”
“InsyaAllah. Hati-hati memandu dik. Assalamualaikum warahmatullah.”
“baik abang! Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh wamaghfiratuh.”
Panggilan
ditamatkan dalam suasana malam yang ceria menjelang Hari Raya Aidil
Fitri. Tersenyum ke telinga. Aisyah melihat anaknya dengan curiga.
“amboi, panjangnya senyuman anak umi ni?”
“Umi tahu siapa yang telefon Fatih tadi? Abang Iskandar.”
“oh, abang angkat Fatih yang belajar di Turki?”
“ya,
betul tu umi. Abg Iskandar baru pulang di Malaysia, dia nak jumpa
Fatih. Boleh tak umi, Fatih nak jumpa abang Iskandar nanti?”
“boleh, nanti sampaikan salam pada Iskandar ya.”
“baiklah umi”
Tangan
kanan Fatih memegang erat telefon bimbit, sambil matanya terus bersinar
melihat nombor telefon yang tertera di skrin tadi. Ibu jari terus
menekan kekunci telefon bimbit dan menyimpan nombor abg Iskandar. Hendaknya hubungan kerinduan ini tidak terputus lagi.
bersambung.....
babak 3: penantian
Kehausan
tekak Fatih kian terasa. Jarum jam tangan Fatih menunjukkan pada nombor
6 dan jarum minit pada nombor 4, masih berbaki 9 minit dan 45 saat
untuk bertemu di kaunter informasi. Pertemuan yang sangat dinantikan
sejak dua tahun yang lalu. Tangan kiri ingin mencapai kembali novel
‘Tersungkur di Pintu Disko’ karya Nor Atiqah Ghazali, namun, hatinya
masih tidak tenteram dengan situasi Noraini yang semakin berpakaian
seksi untuk melayan nafsu lelaki. Fatih tidak mahu merosakkan pertemuan
yang dinantikan ini diselaputi dengan hati yang resah. Novel diletakkan
dengan rapi di dalam beg sandangnya, lantas bangun daripada bangku
berdekatan dengan restoran Secret Recipe. Masih berbaki 9 minit, kaki
melangkah melalui lorong kecil bersebelahan restoran McDonald dan
menembusi ruang legar utama KL Sentral. Pelbagai ragam manusia yang lalu
lalang dan keluar masuk daripada stesen komuter KTMB menuju ke
destinasi masing-masing. Esok bermula kembali hari untuk semua
bertungkus-lumus mencari rezeki dan menuntut ilmu. Pasti cuti selama dua
minggu masih belum puas dinikmati.
Air
mineral botol kecil berjenama Cactus berpenutup biru dibeli Fatih
dengan harga yang agak mahal, sesuai dengan gaya hidup di Kuala Lumpur.
Punca air dari Taiping ini sangat melegakan. Syukur Alhamdulillah,
nikmat yang tidak terhingga. Masih berbaki lima minit, Fatih tidak pasti
hendak melakukan apa pada tika ini.
Pilihan yang ada:
- Membaca novel yang meresahkan
- Melihat ragam orang lalu lalang
- Memadam SMS yang lama tersimpan dalam telefon bimbit
Mana yang perlu Fatih lakukan untuk mengisi masa yang ada? Adakah mahu dibazirkan begitu sahaja?
bersambung.....
Masih
ramai yang bertudung. Tetapi pelbagai bentuk tudung boleh disenaraikan.
Bertudung labuh, bertudung jarang, bertudung bonggol, bertudung nampak
jambul, bertudung ala artis (Yuna, Siti Nurhaliza, Bienda, Ariani).
Menutup aurat bukanlah untuk kelihatan lawa dan mengikut fesyen terkini.
Apakah perempuan ini masih tidak faham dengan bahagian mana yang perlu
ditutup? Rambut yang ikal mayang perlukah ditutup? Dada? Leher yang
jinjang tidak boleh didedah? Lengan panjang dan berkulit putih juga
perlu disarung? Pusat juga? Peha dan betis? Kaki kena pakai stoking?
Lecehnya jadi perempuan! Fatih hanyalah lelaki, buat apa perlu dia
peduli kepada masalah perempuan.
Fatih
menanti 4 minit keemasan ini dengan matanya berkeliaran melihat ragam
sekeliling manusia. Tangan kanannya masih memegang erat telefon
bimbitnya. Bibir atas dan bawah saling bertemu dengan lidah yang terus
menyusun atur istighfar. Hati terus menerus diransang nafsu dengan
pandangan dua bola mata. Hanya iman di dada Fatih yang mampu untuk
mencegah hati dikuasai nafsu. Penangan mata sangat menakutkan. Masa
terus berlalu pergi….
bersambung...
babak 5: pertemuan
2 saat berlalu dengan pantas, “Abang…………..!” tempik Fatih menggegar KL sentral dan Fatih meluru ke arah sahabatnya yang dinanti.
bersambung...
[kemaskini terakhir pada 1Jun 2012]
babak 5: pertemuan
Suasana
di KL sentral menjadi kelam kabut. Gadis bersama si teruna bertempiaran
lari. Ibu bersama anak kecil mencari arah menyelamatkan diri. Wanita
yang bertumit tinggi turut terenjut-enjut, lelaki bertali leher turut
menapak laju. Sana-sini bertempik ketakutan. Pelanggan restoran barat Mc
Donald turut menyembunyikan diri di bawah meja. Fatih terdiam dan
terpaku. Polis berbaju biru gelap sedang berlari mengejar sesuatu.
Petugas di kaunter informasi KL sentral dalam keadaan terpinga-pinga
membunyikan siren keselamatan.
Bunyi
tembakan sebanyak 2 kali kedengaran mengenai mangsa yang baru keluar
daripada pintu automatik stesen komuter KTMB. Mangsa berbaju kemeja T
putih berjalur coklat kecil rebah ke lantai. Dua peluru menusuk terus ke
perut dan pinggang kanan mangsa. Darah keluar daripada tubuhnya. Masih
bernyawa dan masih jelas wajah bersih pemuda ini menahan keperitan
sakitnya di ambang maut.
Tarikh
19 September 2010, jam 6.27 petang menjadi saksi pertemuan Fatih dan
Iskandar. Fatih yang berdiri di kaunter informasi KL sentral sangat
dekat dengan pintu automatik stesen komuter KTMB. Hati Fatih mulai
merasakan ketibaan hati Abang Iskandar dekat dengannya. Semakin hampir
dan semakin hampir. Bunyi das tembakan kali yang pertama, membuatkan
Fatih menoleh dan memerhati mangsa yang dekat di hatinya. Terdengar
daripada sudut hatinya, kepedihan jasad mangsa ditembak. Apatah lagi,
das yang kedua tepat mengenai pinggangnya. Hati Fatih tersentak dan akal
Fatih tidak mampu melahirkan tindakan tubuhnya. Fatih terpaku. Matanya
tanpa kelip melihat tubuh mangsa rebah ke lantai seorang diri.
2 saat berlalu dengan pantas, “Abang…………..!” tempik Fatih menggegar KL sentral dan Fatih meluru ke arah sahabatnya yang dinanti.
[kemaskini terakhir pada 1Jun 2012]
No comments:
Post a Comment