Thursday, November 26, 2009

ketupat nasi

semalam waktu basuh motor.

aku letak barang2 dari pasar kat sebelah aku.

ada sorang akak ni tanya, buat ketupat ke?

sambil tunjuk daun kelapa muda.

"owh.. haah, mak yang buat"

hehe, maka kami pun berbual sementara menunggu motor aku siap dibasuh.


~ aku tak sempat nak basuh. RM4 je.

~ pagi tadi makan ketupat nasi. fuh...


ilham daripada:
aku dah hampir 2 bulan tidak mencuci motor.
dan memang azam ini aku pendam tiap2 hari.
bila masa nak lakukan, aku berat dan ada banyak halangan.
satu hari, aku dengan aiman zafri singgah kat kedai cuci kereta di depan kolej idris almarbawi.
dia basuh motor dan aku teman dia je.
lama2 aku nekad untuk cuci di situ. hanya RM 4 saja.
sangat murah.

kerana:
aku tak suka motor aku dalam keadaan kusut masai.
buruk bebeno. lagipun, aku banyak menggunakan dia.
jadi mestilah kena jaga dan belai motor aku ni.
kalau tak aku tak gembira.

oleh itu:
aku pun basuh. sambil melanguk tengok orang tuh basuh,
ada sorang akak ni pun duduk melanguk tengok kereta dia dibasuh.
nampak gaya macam budak UKM.
aku nak tegur, tapi, hmm... takde idea.
sekali henpon aku berdering.
angkatlah, dan borak bagai nak rak.
lepas aku letak, akak ni beranikan diri tanya aku.
"buat ketupat ke?"
dia tersenyum je, macam perli aku.
tapi aku senyum juga.
pastu aku tanya dia belaja kat mana.
terima kasih ketupat, kerana telah menjadi pemula untuk berbual daripada melanguk membisu.

No comments:

Post a Comment

suka membaca