Saturday, December 12, 2009

tangan kiri ke neraka?

siapa dia nak meletakkan seseorang muslim yang menulis tangan kiri masuk api neraka?

adakah dia tuhan?

~ kita sebagai manusia tiada hak nak tentukan neraka atau syurga seseorang.


ilhamku:
kawanku mengadu tentang pensyarahnya yang mengatakan:
"orang yang menulis tangan kiri masuk api neraka"
kawanku itu menulis tangan kiri dan amat terasa dengan kata-katanya.
apakah berdosa orang yang tangan kidal?
apakah orang tangan kidal minta ia dijadikan kidal?
adakah Allah ada menyatakan dalam AlQuran bahawa orang kidal masuk api neraka?
adakah Rasulullah ada menyatakan orang tangan kidal bukan dari ummatnya?

kerana:
syurga neraka bukan urusan kita.
hanya Allah yang tahu di manakah penghujung kita.
kerana Allah itu adalah tuhan kita.
tiada tuhan melainkan Allah.

pandangan aku:
bagi aku pensyarah ini teramat ego dan sombong.
sehinggakan berani menentukan syurga neraka seseorang.
tanpa ada nas dan dalil tentang orang kidal masuk api neraka.
Ya Allah perbetuli pensyarah ini, tunjukkanlah beliau jalan yang benar.

oleh itu:
kepada kawanku ini.
"janganlah dikau mencerca atau menghina insan ini"
kerana dia adalah guru kita.
hormatilah dia sebagai penyampai ilmu, tetapi terimalah yang baik sahaja darinya.
yang mana buruk darinya, tinggalkan ia.

No comments:

Post a Comment

suka membaca