Thursday, December 17, 2009

menginginkan burung terbang terikat dikaki

peribahasa terbaru aku sekarang ~

meminta burung untuk mengepakkan sayap supaya terbang,

tetapi ditariknya kaki burung supaya tidak terbang.

apa komen anda ttg peribahasa baru aku ni?


aku melihatkan situasi ini:

dalam kehidupan seharian, kita terlalu menginginkan kehidupan yang aman dan damai.
tanpa ada sebarang berita kemalangan dan jenayah sosial di kalangan ummat dunia.
tapi apakah kita mampu untuk mencapainya?

kita inginkan kehidupan yang aman dan damai, tetapi kita tidak mampu mencapainya.
pasti ada sebab dan punca kenapa ia tidak tercapai.
cuba kita renungkan bersama.

dalam pada kita hidup ini, kita saling memerlukan perhubungan dengan orang di sekeliling.
tetapi, dalam masa yang sama, pemimpin di atas sana, amat memerlukan sokongan kita.
apabila pemimpin ini hanya memikirkan kepentingan diri mereka semata2, mereka akan fikir keuntungan mereka sahaja.
peduli apa mereka akan jenayah sosial dan bahana menimpa rakyat.
baginya, kemajuan dan pembangunan lah kejayaan utama sesebuah negara.
dan itulah kunci keamanan negara.
jelas dan terang, negara yang maju dan pesat membangun di serata dunia, kini tidak aman dan damai lagi.
masing2 mengejar duit dan harta.
sehingga masing2 mengabaikan didikan terhadap anak2 dan tidak mempedulikan anak2 masing2.
akibat tekanan mencari harta dunia, pasti berlaku dengki dan dendam.
yang akhirnya menggalakkan pertelingkahan dan pembunuhan.
harta wanita turut menjadi rebutan lelaki bermata miang.
apabila semua tidak menjaga kemaluannya, maka, rosaklah kesucian setiap manusia.
daripada jenayah sosial, ini maka berkembanglah perdagangan manusia, dan penyeludupan dadah.
akibatnya, senjata api akan turut berleluasa untuk pertahanan.
rompakan dan kecurian menjadi sasaran untuk mengaut keuntungan segera.
anak2 luar nikah bertaburan di lantai dunia.
tiada siapa lagi yang berasa aman di muka bumi ini.
jelas, ia sudah berlaku dan terus berlaku.

melihat situasi ini, aku membuat peribahasa untuk pemimpin ini.
"menginginkan burung terbang yang terikat kakinya"

kerana bagiku, pemimpin ini inginkan rakyat mencapai keamanan dan kejayaan, tetapi itu hanya luaran. hakikat sebenarnya, pemimpin ini mempunyai muslihat tertentu untuk kepentingan dirinya sendiri.

1 comment:

  1. Mon at 10:26pm · Comment · Like

    Chegufadh Universoul xpuitis bunyinya tp faham sgt2 mksudnya..retorik le tuh..huhu
    Mon at 10:28pm · Delete

    Hailey Francis Thomas Goitom mnyuruh seseorg utk mlakukan ssuatu, tp pd masa yg sama, xmnghalang org tu utk mlakukannya....hehehe...
    Mon at 10:29pm · Delete

    Torty Torts ok.tp mcm kasar skit.kasik lembut skit
    Mon at 10:30pm · Delete

    Ainon Mohd. Panjang.....
    Mon at 10:31pm · Delete

    Chegufadh Universoul hah..org bahasa dah masuk..perlu tny Prof Abdullah juga
    Mon at 10:35pm · Delete

    Muhammad Arrabe' wah.. jap.. pk2
    Mon at 10:35pm · Delete

    Muhammad Arrabe' bagai burung terbang terikat kaki??
    Mon at 10:36pm · Delete

    Rabiyatul Adawiyah x sedap... try tukar sket... meminta burung terbang sedang kakinya ditarik.. boleh x camtuh? huhu...
    Mon at 10:37pm · Delete

    Hailey Francis Thomas Goitom hehehe....
    Mon at 10:37pm · Delete

    Unggu Violet ade maksud..tp mcm ayat je,,bkn peribahase..ewah...
    Mon at 10:38pm · Delete

    Chegufadh Universoul menyuruh burung terbang tapi diikat kakinya....senang...
    Mon at 10:38pm · Delete

    Nca Han srh org pk tp dlm konteks terhad mgikt pndgn peminta..
    jd x leh bwt ape yg kt nk...
    ha4......
    Mon at 10:44pm · Delete

    Šam Ahmedarino Rosak bhs ibunda aq beck hahahaha!
    Tp penuh maksud tuh...
    Mon at 10:45pm · Delete

    Princess Angsana pnjg sngt prbhs nya..
    =kte nk ssorg 2 "terbang",tp pd ms yg sma kte cuba nk bina pghalang utk dia..
    Mon at 10:46pm · Delete

    Unggu Violet chegufadh Universal..erm..cm setuju je..cantek...
    Mon at 10:47pm · Delete

    Muhammad Arrabe' cepat2 ada 3 cadangan peribahasa:
    1. bagai burung terbang terikat kaki
    2.meminta burung terbang sedang kakinya ditarik
    3.menyuruh burung terbang tapi diikat kakinya.
    hehe... camne lah orang zaman dulu wat peribahasa.
    Mon at 10:48pm · Delete

    Unggu Violet "tapi" tu xsedap ade..
    Mon at 10:56pm · Delete

    Šam Ahmedarino Sokong no. 1
    Mon at 10:57pm · Delete

    Šam Ahmedarino Eh tp no. 1 cam dah lari maksudnya.
    Mon at 10:57pm · Delete

    Nca Han ak pn ske no 1:P
    Mon at 10:58pm · Delete

    Unggu Violet vote no.2
    Mon at 11:00pm · Delete

    Nca Han ade lari sket..
    coz xde ckp die dsrh trbg..
    tp tu nmpk plg retro..
    Mon at 11:04pm · Delete

    Šam Ahmedarino Bagai meminta burung terbang, diikat kaki. Huhuh cam pelik pulak haha (derive dr no. 1)
    Mon at 11:05pm · Delete

    Nca Han ha4....
    mmg plk pn..:P
    Mon at 11:08pm · Delete

    Chuman Dev sasterawan malaysia... AR RAHMAN zaman ini...hehe
    Mon at 11:09pm · Delete

    Muhammad Arrabe' kalau yang ni.
    seperti meminta burung terikat kaki, terbang?
    Mon at 11:14pm · Delete

    Šam Ahmedarino Beck, org yg ikat kaki burung tu dan suruh dia terbang adalah orang yang sama kan?
    Mon at 11:29pm · Delete

    Muhammad Arrabe' haah.. aku dah buat penjelasan dalam note
    Mon at 11:47pm · Delete

    ReplyDelete

suka membaca