Saturday, February 6, 2010

guna semua deria

dr narimah cakap, kalau kita nak cepat faham dalam belajar kena guna ke semua deria kita. antaranya menulis nota kembali. macam Danny Koh Xuan Rong, my tokoh. mesti dia tengah study dan menyalin nota. hehe.. siap ko danny!


sebab shout aku ini:
isnin ni 8hb januari aku ada exam pemuliharaan dan pengurusan sumber genetik (PPSG), dan diajar oleh Dr. Narimah. bagi aku beliau merupakan guru yang banyak bagi aku inspirasi dan banyak mengajar aku tentang sikap.

Danny pula adalah merupakan kawan sekuliah aku sejak aku tahun 1. dulu aku sama kolej asrama, kajai dengan dia. tapi sejak aku ulang alik rumah dan tidak duduk kajai. aku dah jarang study dengan danny. jumpa pun dalam kelas ini je. tapi kami memang satu grup sejak tahun 1. meskipun dia pandai, tapi dia tak menyombong diri. sangat seronok berkawan dengan danny.

ada satu hari, dr. narimah marah. kami asyik tengok slide dia tanpa menulis pape pun. mulalah ceramah dr narimah. tentang penggunaan deria. kalau sekolah rendah, cikgu guna kapur. kita tengok, dengar dan salin. tapi di universiti, cikgu pakai slide je. kita tengok dan dengar. dan nota leh dapat online. jadi, satu deria tidak berfungsi. sebab tu ramai pelajar hanya belajar, tapi tak faham. aku terkesan dan sedar.

harapan aku:
aku merasakan subjek ini sukar dapat A, tapi aku kena positifkan diri. dan belajar dari pengalaman orang lain. Danny yang pointer tak pernah jatuh 3.7, perlu aku contohi. siap ko danny!!


No comments:

Post a Comment

suka membaca